'Program Petik Sendiri dan Beli' buah rambutan MARDI Serdang esok.

KUALA LUMPUR – Esok, sesiapa yang mahu makan rambutan sepuas-puasnya bolehlah berkunjung ke MARDI Serdang.

Ini kerana pihak berkenaan melancarkan ‘Program Petik Sendiri dan Beli’ buah rambutan MARDI Serdang.

Bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengahari orang ramai yang berminat boleh datang ke Plot Tanaman Rambutan Pusat Am, MARDI Serdang.

Dalam satu kenyataan, kawasan itu dipenuhi pelbagai jenis rambutan dari anak sekolah, gula batu, jarum mas dan gading (rambutan kuning).

“Makan bawah pokok sampai tersandar percuma dan petik bawa balik dicaj RM2 sekilo dan plastik disediakan,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette