Aleksander Ceferin tidak akan teragak agak mencampak City keluar dari saingan JUara Eropah jika disabit langgar FFP.

ENGLAND – Presiden Uefa, Alexander Ceferin tidak takut untuk menyingkirkan Manchester City daripada saingan Liga Juara Juara Eropah.

Amaran itu menyusul selepas ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas pasukan Pep Guardiola dan Paris Saint Germain yang didakwa melanggar Pengurusan Kewangan Adil (FFP).

The Citizens didakwa melanggar peraturan FFP kerana menyembunyikan jutaan dana daripada pemilik kelab itu.

Ceferin mengumumkan di Dublin dua bulan lalu bahawa tindakan akan menyusul tidak lama lagi.

City pula lega dalam kes berkenaan selepas Badan Kawalan Kewangan kelab UEFA leka dalam siasatan itu.

Namun dalam satu kenyataan hari ini, Ceferin menegaskan, dalam soal FFP, semua dilayan  sama tanpa sebarang keistimewaan.

“Saya tidak ada masalah mencampak mana-mana pasukan daripada saingan Liga Juara Juara Eropah.

“Lagipun saya tidak mempunyai tekanan mana-mana pihak untuk berbuat demikian..jika ada kesalahan, saya tidak takut singkir pasukan yang disabit bersalah,” katanya. – MalaysiaGazette