TERKINI : NAK MALU APA! “Kalau Kelulusan SPM, Cakap Jelah SPM” – MB Selangor

Tidak perlu malu tidak mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi sekalipun hanya mempunyai hanya memiliki Sijil Pencapaian Malaysia (SPM).

Namun kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari perkara yang penting sebagai wakil rakyat adalah kejujuran dan prestasi dalam berkhidmat untuk rakyat khususnya.

“Bukan soal jawatan apa belajar apa di mana soalnya kejujuran dan saya pasti kalau itu ditekankan ia akan beri imej kepada rakyat apakah kelayakan kamu sebenar kalau SPM cakap je SPM.

“Saya tak malu saya belajar di UPM (Universiti Putra Malaysia) tempatan, itu taraf pendidikan yang saya lalui.

“Rakyat bukan menilai kita bukan hanya berdasarkan sijil tetapi apa yang kita buat dan cara kita berurusan melaksanakan tugas itu yang penting,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Pesta Demokrasi di Publika hari ini.