TERKINI : ISU PENGGUNAAN STRAW! Penguatkuasaan Straw pada 2020 – Khalid Abdul Samad

SERDANG – Larangan penggunaan straw plastik tidak akan dikuatkuasakan pada tahun ini sebaliknya ia sekadar kempen kesedaran sepanjang 12 bulan ini sebelum ia dikuatkuaskan menjelang 2020.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan memastikan pengenalan straw alternatif lain termasuk straw besi dan kertas dapat diperkenalkan secepat mungkin bagi membantu premis makanan.

“Kita akan pastikan ada straw alternatif diperkenalkan di pasaran di mana ada straw besi di mana kita dapati digunakan oleh generasi muda mereka mula membelinya.

“Dalam masa sama kita akan membantu untuk memperkenalkan straw kertas. Bagi restoran agak mahal untuk mereka membeli straw besi, apa yang kita cadangkan ialah mereka menggunakan straw kertas untuk menggantikan straw plastik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Anti ‘Litter Give Your Litter A Lift Home’ di Stesen Minyak Petronas Solaris Putra, di sini, hari ini.