Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perang media sosial antara Datuk Seri Najib Razak dan Khalid Abdul Samad berhubung isu pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berlarutan apabila bekas Perdana Menteri itu menyifatkan Menteri Wilayah Persekutuan tidak mahu mengalah.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Khalid dilihat masih bersemangat untuk mempertahan ‘U-Turn AES’ dengan menuduh beliau menipu walaupun bukti boleh diperolehi menerusi artikel-artikel yang diterbitkan sebelum.

Menerusi laman Facebook miliknya, Najib turut melampirkan pautan-pautan artikel yang pernah diterbitkan untuk rujukan Ahli Parlimen Shah Alam itu.

“Tauke HARAPAN coin ini tidak mengalah. Dia masih penuh semangat untuk pertahankan U-Turn AES.

“Dia kata AES hanya mula dicadangkan pada tahun 2010. Tuduh saya tipu. Nasib baik internet tidak lupa.

“Saya lampirkan bukti kontrak telah diberi kepada syarikat swasta pada tahun 2005 dan juga lampiran bahawa AES mula beroperasi Januari 2008.

“Ini link arkib Utusan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…

“Kalau tak mahu percaya Utusan, boleh rujuk MalaysiaKini.
https://www.malaysiakini.com/news/213831,” tulisnya.

Najib turut menyindir Khalid agar membuat penyelidikan sebelum memberi kenyataan tentang AES.

“Entah dari siapa dia pinjam mesin masa itu untuk dakwa AES hanya mula dicadang tahun 2010.

“Tetapi jelas mesin dia rosak. Jika tak ada mesin masa pun, boleh pakai Google untuk buat sedikit penyelidikan sebelum cuba membalas.

“Kan dah kantoi lagi? Ada juga penyokong PH lain yang kata LTAT terbeban dengan kontrak AES,” katanya.

Najib turut meluahkan rasa pelik dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu AES.

“Yang pelik ialah apabila AES di bawah syarikat swasta, mereka dakwa ini sangat menguntungkan kroni. Tetapi AES di bawah LTAT, ia menjadi satu beban pula. Pelik.

“Sebenarnya, saya sangat kagum dengan bekas pejuang-pejuang berani mati mansuh AES ini.

“Dulu mereka keji AES. Hari ini mereka puji AES. Pertahankan AES.

“Kini, mereka kata tambahan 11 kamera baru AES adalah baik untuk rakyat.

“Mansuh tak patut. Tambah kamera okay. Dulu mereka kata kos sebenar kamera AES hanya RM15k, tetapi mereka kini membisu apabila PH beli kamera pada harga RM200k.

“Mereka terus membisu apabila Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa KWSP akan tanggung 49% dari kos kamera baru melalui pegangan KWSP di dalam PLUS yang dipanggil untuk membeli kamera ini sebagai satu “sumbangan CSR”.

“Dulu saman RM150 sangat membebankan. Kini saman RM300 tidak membebankan rakyat,” tulis Najib.

Beliau turut menempelak  tindakan kerajaan PH yang juga menyekat mereka yang belum menjelaskan saman AES daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka.

“Dulu BN tidak buat begitu. Ini tidak lagi zalim tetapi baik untuk Rakyat.

“Sekarang, bekas pejuang-pejuang berani mati AES ini semua okay sahaja.

“Tak mustahil jika satu hari nanti, kita boleh pakai HARAPAN coin untuk bayar saman AES,” tulis Najib. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ah Jib Kor,

    Ape persoalan yg nyata dlm PH mengamvil alih Negara sebelum & sesudah PRU 14.

    Yg Nyata, hutang Negara yg kamu sembunyikan dari oengetahuan umum & janji janji PH sebelum PRU 14.

    Keadaan terpaksa berubah bilamana Kamu, Ah Jib deceived keadaan kewangan Negara hinggakan terbantut utk PH mengotakan janji janji hingga terpaksa mengutamakan mencari sumber kewangan sebagai langkah pertama.

    AES satu Cara kerajaan terpaksa teruskan. Bukan U- Turn. Ini semua gara gara kamu yg meningkatkan hutang Negara pd kadar 100 B setiap tahun.

    Priority PH utk memandang ke HADAPAN tetapi kamu mcm Badut Umum menyalak utk mendapat perhatian Umum, bahawa legacy kamu konon hebat, pandangan yg ke BELAKANG.

    Bagus kamu hadapi masa DEPAN dgn menguruskan sisa sisa hidup kamu yg ada

Comments are closed.