SEMENYIH – “Kalau dia nak kata saya jadi ‘comedian’, itu tidak benarlah’, kata Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor yang mengucapkan semoga berjaya kepada Najib untuk menjadi pelawak.
Amirudin Shari berkata demikian ketika mengulas populariti bekas Perdana Menteri itu yang semakin meningkat apabila sering menyindir Pakatan Harapan dengan sindiran.
Najib menegaskan, walaupun digelar demikian, segala posting yang dimuat naik menerusi media sosial adalah berfakta dan benar.
“Rakyat boleh menilai posting saya yang banyak mengandungi perkara fakta dan kebenaran…saya tidak buat fitnah dan mengutuk, tetapi perli itu adalah sikit-sikit..itu adat
“Jadi banyak orang melihat itu sebagai satu sumber maklumat sebenarnya. kalau dia (Amirudin Shari) nak kata saya jadi ‘comedian’ itu tidak benarlah.
“Kalau tengok pada komen-komen seorang dua itu adatlah bukan semua sokong kita, tapi majoriti besar memberi komen yang positif kepada ‘posting’ yang saya lakukan,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas Perayaan Ponggal bersama Masyarakat India Hulu Langat anjuran IPF di sini.
Ditanya sebab trolling mendapat sambutan besar rakyat berbanding posting biasa dalam media sosial beliau, Najib berkata, ia sebenarnya budaya rakyat Malaysia.
“Mereka suka trolling, dan suka sedikit sarkastik dan humor dalam posting… mereka lebih repons lebih baik.
“Tapi saya campurkan dengan fakta serius data seperti defisit meningkat yang saya kongsi hari ini dengan sarkastik…itulah politik tapi tidak ada fitnah,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan
Daripada perdana menteri kepada pelawak, semoga berjaya Najib
Teruskan troll kamu Najib, selagi mampu. Tapi bila masa nya tiba, jgn hilang minat itu utk menghiburkan sesama banduan2 yg ada si penjara kelak.
Apa yg Kita havest dlm kehidupan, itu yg Kita dapat.
Kalau dah benci kentut dikata bom kalau dah suka cirit dikata bubur muhasabah diri
Jangan terlalu yakin.. Klu benci kentut dikata bom Klu suke cirit dikata bubur