Sergio Aguero. Foto Sky Sports.

MANCHESTER – Manchester City kembali melaungkan keyakinan tinggi untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas membelasah Chelsea 6-0, awal pagi tadi.

Kemenangan besar itu menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola merampas kembali carta teratas liga daripada Liverpool menerusi perbezaan jaringan namun lebih satu perlawanan daripada seterunya itu.

Pesta City bermula apabila meledakkan empat gol pada separuh masa pertama dengan penyerang sensasi Sergio Aguero meledak hatrik lagi.

Tuan rumah membuka gol petama oleh Raheem Sterling yang meledak gol pembukaan seawal minit keempat sebelum Aguero tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol pada minit ke-13.

Pemain antarabangsa Argentina itu terus mengganas menerusi gol kedua peribadinya enam minit kemudian sebelum penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga bocor lagi menerusi rembatan jarak jauh menarik Ilkay Gundogan pada minit ke-25.

Ketika Chelsea mcuba bangkit pada babak kedua, gawang mereka sekali lagi dibolosi pada minit ke-56 menerusi penalti yang disempurnakan Aguero untuk melengkapkan hatriknya.

City mengesahkan kemenangan 6-0 apabila memperoleh penalti selepas Sterling menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-80.

Kekalahan 6-0 merupakan sejarah terburuk Chelsea di gelanggang lawan sejak 1996.

Bulan lalu, kelab itu turut mengalami kekalahan besar 4-0 kepada  Bournemouth yang menjadikan kedudukan pengendali, Maurizio Sarri menjadi tanda-tanya.

Kekalahan Chelsea membolehkan Manchester United kekal di tangga keempat liga dengan City kini berada di landasan terbaik untuk menjuarai saingan liga secara berturut-turut. – MalaysiaGazette