Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika keluar dari mahkamah sesyen selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Penangguhan kes Datuk Seri Najib Razak berhubung tujuh dakwaan berkaitan dengan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta bukan cubaan untuk melambatkan perbicaraan.

Najib sebaliknya berkata, penangguhan itu berpunca akibat daripada masalah teknikal undang-undang daripada pihak pendakwaraya.

“Penangguhan kes SRC terhadap saya adalah keputusan sebulat suara ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan.

“Ini bukan disebabkan oleh cubaan pihak guaman saya untuk memperlambatkan perbicaraan.

“Ketiga-tiga hakim juga berpendapat bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti taktik undang-undang telah digunakan oleh kita untuk melengah-lengahkan perbicaraan,” katanya menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Perbicaraan kes SRC International yang sepatutnya bermula esok terpaksa ditangguhkan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Ahmadi Asnawi bersama Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Yew Jen Ki membenarkan permohonan itu.

Permohonan penangguhan kes SRC itu difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu pada 8 Februari lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/11/perbicaraan-kes-src-najib-ditangguh/