TERKINI : NAK LANJUT PELAJARAN! Sila Rujuk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) – Maszlee Malik

SEMENYIH – Kementerian Pendidikan menggalakkan sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi supaya merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, MQA merupakan agensi yang akan mengenal pasti semua program diakreditasi di universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Jadi pada semua yang ingin melanjutkan pengajian kita menggalakkan mereka rujuk dengan MQA supaya tidak tertipu.