LONDON – Kekalahan memalukan 6-0 ke atas Manchester City baru-baru ini telah membuatkan kedudukan Maurizio Sarri sebagai pengurus Chelsea menjadi tanda tanya.

Spekulasi mula timbul mengenai masa depan pengurus dari Itali itu yang akan disingkirkan dari Stamford Bridge.

Antara calon yang menjadi sebutan bakal menggantikan Sarri sekiranya dia adalah bekas pemain tengah The Blues, Frank Lampard.

Dia yang kini berusia 40 tahun pantas memberikan respon mengenai hal tersebut selepas ditanya wartawan.

“Sudah pasti Chelsea adalah kelab yang saya hormati selain Sarri merupakan jurulatih terbaik.

“Spekulasi ini tidak akan membuat saya tersenyum atau sebagainya kerana tugas saya di sini [Derby County] perlu diutamakan terlebih dahulu.

“Saya juga sedang bekerja sangat keras di sini” jawabnya.

Lampard kini membimbing kelab Derby County dalam saingan Championship.

Dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai masa depan pengurus di Chelsea kerana ingin memberi fokus kepada kelabnya menjelang pertemuan menentang Ipswich Town pada Khamis ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast