KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakaar menyindir idea kerajaan untuk menganjurkan kembali perlumbaan F1 di negara ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Khairy berkata, F1 tidak sesuai lagi dianjurkan di Malaysia dengan membangkitkan masalah dana atlet kebangsaan.

“Elaun atlet kebangsaan kena potong. Staf kontrak sains sukan ramai tak di sambung. Ada hati nak dapat balik F1.

“Jadi, katakan tidak kepada F1,” tulis Ahli Parlimen Rembau itu.

Jelas Khairy, penganjuran acara antarabangsa itu menelan kos lebih RM200 juta setiap tahun dan hampir kesemuanya ditanggung kerajaan.

“Cakap duit dah tak ada, kena jimat,” katanya.

Khairy mengulas laporan media mengenai hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berharap F1 akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti.

Semalam, Mahathir berkata idea membina Litar Antarabangsa Sepang telah membuka jalan bagi pembangunan bakat tempatan dan pemindahan teknologi sukan permotoran.

Katanya, penerimaan sukan itu amat baik daripada aspek penonton dan penyertaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila TM hendak buat sesuatu semuanya dikatakan bagus utk negara…sebenarnya nak puaskan diri sendiri kerana nak tunjuk beliau berkuasa. DAP dan lain2 parti PH blh belah lah. Malaysia Baru TM punya.

Comments are closed.