Pelabuhan Tanjung Pelepas

KUALA LUMPUR – Indeks volum perdagangan borong & runcit mencatatkan pertumbuhan 7.7 peratus kepada 168.9 mata pada tahun lalu.

Pada suku tahun keempat, ianya berkembang 8.1 peratus kepada 173.8 mata berbanding tempoh yang sama tahun 2017.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan ini didorong terutamanya oleh pengembangan dalam subsektor perdagangan runcit sebanyak 11.8 peratus.

Katanya, indeks volum pelarasan musim perdagangan borong & runcit meningkat 1.7 peratus berbanding suku tahun ketiga 2018.

Peningkatan ini disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong sebanyak 2.6 peratus.

Indeks volum perdagangan borong berkembang 6.2 peratus kepada 182.2 mata pada suku tahun keempat 2018 berbanding suku tahun keempat 2017.

Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh Perdagangan Borong Tanpa Pengkhususan (9.9%) dan Jualan Borong Barangan Isi Rumah (9.1%).

Pada suku tahun keempat 2018, subsektor perdagangan runcit merekodkan pertumbuhan sebanyak 11.8 peratus kepada 183.3 mata tahun ke tahun.

Peningkatan ini disokong oleh jualan runcit di kedai khusus yang menjual peralatan komunikasi dan maklumat (15.1%) dan barangan lain (13.2%).

Indeks volum kenderaan bermotor termasuk alat ganti & aksesori mencatatkan peningkatan 1.9 peratus kepada 127.5 mata pada suku tahun keempat 2018 berbanding suku tahun yang sama pada tahun 2017.

Peningkatan ini disumbangkan oleh aktiviti jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal dan komponen dan aksesori berkaitan (6.4%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast