TERKINI : SYARIKAT NOMBOR RAMALAN! Ketua Polis Negara Ditaja ke Turki?

PUTRAJAYA – Guan Eng diminta mengulas tentang isu lawatan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Mohamad Fuzi dalam salah satu usaha untuk menangani masalah perjudian online.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah meluluskan lawatan berkenaan yang ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Muhyiddin berkata demikian bagi menafikan dakwaan portal Sarawak Report bahawa lawatan tersebut adalah tanda terima kasih terhadap jasa-jasa pegawai tinggi polis yang menyertainya.

Portal Sarawak Report pada dua hari lalu melaporkan bahawa beberapa pegawai tinggi PDRM termasuk Ketua Polis Negara pergi ke Turki atas tujuan peribadi. Mengulas lanjut, Guan Eng turut memberitahu, kementerian tidak pernah memberi bantuan kewangan pun kepada Totalisator Malaysia sebaliknya syarikat itu mendapat dana dari syarikat nombor ramalan. – MalaysiaGazette