Khazanah Nasional
Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional bakal mengumumkan satu pelan yang akan memberi lebih banyak wang tunai kepada kerajaan dan mengurangkan kepentingannya dalam aset bukan strategik.

Syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu juga akan menarik semula pelaburannya di luar pesisirnya di tempat-tempat seperti London, kata sumber kepada Reuters.

Pelan yang akan diumumkan pada 28 Februari ini adalah selari dengan keperluan yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan semula wang untuk kerajaan yang terjejas akibat defisit fiskal dan hutang besar daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di bawah strategi baharu itu, Khazanah yang memiliki dana sejumlah AS$39 bilion itu akan mengkaji untuk mengurangkan kepentingan dalam beberapa syarikat bukan teras yang telah dikenal pasti antara 15 hingga 25 peratus.

Angka itu sama dengan paras pegangan yang dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Selain itu, Khazanah sedang melihat untuk mengurangkan kehadiran secara fizikal di London, Mumbai dan Lembah Silikon, juga menjual beberapa hartanah asing dan pelaburan dalam teknologi, kata dua sumber Reuters.

Namun, katanya, Khazanah bukan dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan dana, bukan dengan cara menjejaskan nilai.

“Ia akan menjadi sangat berstruktur dan beransur-ansur tetapi ia akan dilakukan kerana matlamat serta-merta adalah untuk mendapatkan wang,” kata sumber.

Bagaimanapun, Khazanah enggan mengulas mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, sumber yang dekat dengan perbincangan itu berkata, Khazanah “membawa tahap tumpuan ke atas aset-aset komersial yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Aset strategik adalah sama penting dan Khazanah perlu memastikan aset-asetnya lebih cekap dan menguntungkan.

Sumber-sumber memberitahu, Khazanah masih mahu menguruskan pegangannya sebagai pelabur portfolio dan bukan sebagai pelabur langsung aktif.

Berdasarkan kajian dalaman sejak berlaku perubahan pengurusan tahun lalu, Khazanah telah melaksanakan pelaburan di 100 firma di lebih 20 buah negara di bawah dua kategori iaitu strategik dan komersial.

Syarikat-syarikat milik Khazanah adalah Tenaga Nasional, Malaysia Airlines, Malaysia Airports Holding Berhad dan Telekom Malaysia dikategorikan sebagai syarikat strategik dan pemilikannya tidak berubah.

Portfolionya yang dijangka menyaksikan pengurangan pegangan seperti CIMB Groups Holdings yang dikuasai sebanyak 27 peratus, Axiata Group (36 peratus) dan UEM Group (100 peratus).

Pada bulan November lalu, Khazanah menjual 16 peratus kepentingannya dalam IHH Healthcare, sekali gua mengurangkan pegangannya dalam kumpulan hospital Asia kira-kira 26 peratus.

Sumber-sumber berkata, aset-aset Khazanah mampu menarik minat peserta dari Jepun, pelabur Asia dan dana-dana global.

Pelaburan asing Khazanah mewakili 45 peratus daripada nilai aset direalisasi melalui pendedahan geografi setakat Disember 2017, juga dijangka dikurangkan.

Khazanah yang memiliki pegangan 60:40 peratus dengan Temasik dalam M+S Pte Ltd sedang berunding dengan pelabur-pelabur untuk menjual ruang pejabat, hotel dan komponen-komponen peruncitan bagi hartanah DUO yang terletak di daerah kewangan Singapura.

Rundingan itu mampu mencecah AS$1.47 bilion dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam beberapa minggu lagi.

M+S Pte Ltd telah melantik JLL sebagai penasihat bagi keseluruhan perkara membabitkan DUO.

Prestasi Khazanah ‘lesu’ sejak beberapa tahun lalu, merekodkan nilai portfolio sebanyak 29.4 peratus sepanjang tahun 2012 hingga 2017.

Manakala sayap pelaburan Singapura merekodkan peningkatan nilai sebanyak 43.2 peratus kepada AS$227 dalam tempoh lima tahun sehingga Mac 2018. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Khazanah lupus 16% kepentingan dalam IHH

IHH dijual ketika prestasinya memberangsangkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast