IHH
IHH Healthcare

KUALA LUMPUR – IHH Healthcare Berhad (IHH) dijual kepada Mitsui ketika prestasinya dijangka terus memberangsangkan pada tahun ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana IHH mula meneroka pasaran China.

Gleneagles Hong Kong mula beroperasi pada Mac tahun ini manalala Gleneagles Shanghai dan Chengdu akan masing-masing beroperasi pada tahun 2020 dan 2019.

Katanya, IHH yang memiliki 49 buah hospita di sembilan buah negara itu telah dijual secara rundingan terus tanpa tender oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) pada minggu lalu.

Hospital-hospital IHH mengunakan jenama “Mount Elizabeth”, “Gleneagles”, “Pantai”, “Parkway” dan “Acibadem”, juga memiliki International Medical College (IMC) dan International Medical University (IMU) di Malaysia.

IHH ialah pemilik rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia, Singapura dan Turki – dan kumpulan hospital kedua terbesar di dunia dan terbesar di Asia.

Tahun ini juga, IHH berjaya menjadi pemegang saham terbesar di dalam kumpulan Fortis yang memilik 30 buah hospital di India, sekaligus menjadikan IHH sebagai kumpulan hospital kedua terbesar di negara India yang populasinya 1.4 bilion orang.

“IHH Berhad bakal naik dari tahap kini sebagai syarikat rangkaian hospital swasta kedua besar di dunia untuk menjadi nombor satu tidak lama lagi.

“Tetapi dengan penjualan oleh Khazanah kepada syarikat Jepun Mitsui secara tiba-tiba, IHH Berhad tidak boleh lagi dikenali sebagai syarikat MNC Malaysia dan kini ialah syarikat milik Jepun,’ menurut Najib.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilal IHH pada akhir tahun lepas juga mencecah AS$11 bilion dengan hasil penjualan tahunan RM11.1 bilion menghasilkan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) RM2.3 bilion.

Namun, katanya, adalah amat rugi apabila IHH, sebuah firma Malaysia bertaraf global yang beruntung besar, penuh potensi, cepat berkembang semasa pentadbirannya kini bukan lagi milik Khazanah. – MalaysiaGazette