BUKIT MERTAJAM – Dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera, termasuk dua parah, selepas dihempap beberapa tiang dan kerangka bumbung sebuah kilang yang sedang dibina di Lorong Perusahaan Maju 8, Juru, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar hari ini berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai P. Kumar, 46, penduduk tempatan dan pemandu kren warga Myanmar, dianggar berumur 30-an yang belum dikenal pasti identitinya.

“Kedua-dua mangsa cedera parah adalah warga Bangladesh dan mereka telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan sementara seorang lagi pekerja warga Myanmar mendapat cedera ringan,” katanya ketika ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, kesemua pekerja terlibat adalah warga asing dan kejadian dilaporkan berlaku pada 4.40 petang ketika para pekerja itu sedang menjalankan kerja-kerja membina semula kilang yang pernah terbakar sebelum ini.

“Terdapat 30 pekerja berada di tapak pembinaan itu dan kelima-lima mangsa baharu sahaja menamatkan kerja-kerja mereka apabila beberapa tiang dan bumbung bangunan itu runtuh dan menghempap mereka,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast