LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery berminat untuk mencari perancang tengah baharu bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan pemain Jerman, Mesut Ozil pada pada musim panas ini.
Portal 101greatgoals melaporkan Ozil mahu meninggalkan The Gunners selepas sering disisihkan Emery atas alasan taktikal.
Arsenal kini mula mengalih perhatian kepada perancang muda Bayer Leverkusen, Kai Havertz bagi menggantikan Ozil.
Havertz memburu beberapa kelab terkemuka Eropah selepas meledak 11 gol musim ini dan lapan daripadanya hadir dalam aksi Budesliga.
Pemain berusia 19 tahun itu gemar beraksi di belakang penyerang dan gaya permainannya sering dibandingkan dengan Ozil dan Tony Kroos. – MalaysiaGazette