Jose Mourinho. Foto The Week UK.

LONDON – Jose Mourinho bersama lima pembantunya mendapat durian runtuh berjumlah 19.6 juta pound (RM 103 juta) selepas mereka dipecat Manchester United pada Disember lalu.

Daily Mail melaporkan, kelab Liga Perdana Inggeris mendedahkan bayaran itu dalam laporan kewangan tahunan.

Bayaran tersebut dinyatakan sebagai ‘perkara luar biasa’.

Termasuk Mourinho, Old Trafford telah membayar pampasan sebanyak 33.2 juta pound (RM173.65 juta) kepada David Moyes dan Louis van Gaal selepas persaraan Sir Alex Ferguson pada tahun 2013.

Mourinho dan pasukan pembantunya sebelum ini turut menerima pampasan sebanyak 23.1 juta pound apabila mereka dipecat Chelsea pada tahun 2007 dan selepas itu 8.3 juta pound apabila meninggal Stamford Bridge pada 2015.- MalaysiaGazette