Pep Guardiola.

MANCHESTER – Manchester City resah untuk berdepan lawannya, Newport County dalam pusingan kelima Piala FA apabila bertandang ke South Wales.

Pasukan Liga Kedua Inggeris itu berjaya menjinakkan Leicester City dan Middlesbrough dalam saingan Piala FA sebelum ini.

Pengurus City, Pep Guardiola berkata, persembahan lawannya itu  amat baik.

‘Di beberapa bahagian mereka lebih menyerlah berbanding City dan kami telah melihat beberapa perlawanan mereka yang dianggap luar biasa,” katanya.

Musim lalu City tersingkir di pusingan kelima FA selepas tewas di tangan Wigan Athletic.

Menurut Guardiola, pasukannya akan belajar daripada pengalaman musim lalu.

Beliau akan memastikan pemainnya tidak memandang mudah  keupayaan Newport walaupun pasukan itu tidak ternama.

“Apa jua boleh berlaku dan kami mengambil serius perlawanan ini.

“Kebiasaannya kami beraksi dalam EPL dan pemain kami tahu apa yag mampu dilakukan lawan kami.

“Tetapi dalam soal Newport mereka berjaya menjaringkan 14 hinhgga 15 gol setakat ini dan mereka bijak dalam mematahkan serangan dan berbahaya di hadapan gol,” tegasnya.

City akan turun tanpa bintang pertahanannya, Vincent Kompany dan Benjamin Mendy. – MalaysiaGazette