Datuk Shahril Ridza Ridzuan
Shahril Ridza Ridzuan

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dijangka mengagihkan dividen lebih daripada RM1 bilion kepada kerajaan pada tahun ini.

Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan berkata demukian semasa forum Nomura Islamic Asset Management 10th Anniversary Investment Forum di sini.

Khazanah dijangka mengumumkan laporan kewangannya tidak lama lagi.

Unjuran agihan itu adalah jumlah dividen yang sama diagihkan oleh Khazanah kepada kerajaan pada tahun 2017.

Ketika itu, sayap pelaburan negara itu merekodkan lonjakan dalam nilai pelaburan buat kali pertama sebanyak RM115.6 bilion. – MalaysiaGazette