KUALA LUMPUR – Ikatan pertunangan di antara pelakon penyanyi Lady Gaga dengan Christian Carino sudah putus.

Perkara itu telah disahkan oleh pengurus bintang filem A Star Is Born itu menerusi portal E online.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada November, 2017.

Sebelum ini, khabar angin perpisahan mereka bertiup kencang selepas Carino tidak hadir bersama Gaga pada majlis Anugerah Grammy, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pada malam anugerah itu juga, Gaga di khabarkan tidak memakai cincin pertunangan mereka.

Gaga juga pernah bertunang bersama Taylor Kinney sebelum mereka berpisah pada Julai 2016.

Selepas menjadi layar utama dalam filem A Star Is Born, wujud gosip mengatakan Lady Gaga dan Bradley Cooper semakin rapat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast