Safee Sali

KUALA LUMPUR  – Penyerang Safee Sali yang kini sah menjadi pemain Petaling Jaya City selepas meninggalkan skuad Liga Perdana Perlis ekoran tidak menerima gaji untuk tempoh dua bulan.

Safee muncul kali pertama dalam sesi latihan bersama PJ City di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam.

Penyertaan bekas pemain JDT dan PKNS FC bersama PJ City dilihat ‘nyawa kedua’ dalam karier profesionalnya.

Kemunculan Safee itu berita PJ City yang berhasrat menjadi spasukan pencabar dalam saingan Liga Super musim ini sebelum jendela perdaftaran pemain akan ditutup tengah malam ini.

Bagaimanapun ketika ditemui media, Safee enggan mendedahkan tempoh kontrak ditandatangani dan menyerahkan kepada pengurusan kelab untuk membuat pengumuman hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast