Sunday, April 28, 2024
Home Sukan Gaji Rashford naik RM1.06 juta seminggu

Gaji Rashford naik RM1.06 juta seminggu

Marcus Rashford

LONDON – Marcus Rashford bersedia untuk meneruskan karier di Manchester bagi tempoh panjang selain menyaksikan dia menerima gaji jauh lebih lumayan.

Penyerang England itu bergelut dengan soal prestasi di bawah bimbingan Jose Mourinho namun dia menjadi watak penting sejak Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih pasukan.

Rashford pada awalnya ragu-ragu tentang masa depannya bersama United ketika di bawah Mourinho.

Namun dia kini amat gembira selepas diberi posisi yang tepat oleh Solskjaer, malah sudah meledak lapan gol dalam 15 perlawanan terakhir.

Sepanjang kariernya bersama United, Rashford telah membantu pasukan menjulang Liga Europa, Piala FA dan Piala Liga. – MalaysiaGazette