muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin. foto IQBAL BASRI, 16 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Menteri Dalam Menteri meminta rakyat Malaysia, khususnya penjawat awam, tidak menyalah tafsir kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pengurangan saiz penjawat awam, awal hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan itu harus dibaca secara teliti kerana pada dasarnya beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang memerlukan masa untuk dilakukan itu.

“Saya fikir penjawat awam bijaksana, saya dimaklumkan elok baca secara teliti kenyataan yang PM buat, bukan nak buat begitu.

“Dia ada perjelaskan supaya ada satu anjakan baru dan perubahan yang perlu berlaku, proses industrilasi dan penggunaannya jentera dan teknologi.

“Kena baca dengan konteks yang lebih luas, saya tidak setuju kalau Tun Mahathir kata nak kurangkan hari ini juga.

“Saya fikir pegawai kerajaan masih penting tetapi ini akan melalui satu fasa di mana ia bukan melibatkan setahun dua sahaja, mungkin mendatang dengan melalui industri 4.0 dahulu dan pelbagai teknologi baru akan diperkenalkan,” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden PH berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Pardana Menteri berkata, jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta dan telah meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

Ditanya samada kenyataan itu akan memberikan kesan kepada calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang dalam misi mengekalkan kerusi DUN Semenyih, Muhyiddin berharap isu tersebut tidak lagi dimainkan, malah tidak menjejaskan kelancaran kempen PH di kawasan tersebut.

“Saya harap tidak mengganggu tapi perlu penjelasan. Kalau baca betul-betul maksudnya bukan esok nak berhentikan pegawai kerajaan.

“Saya fikir bukan itu tujuan PM menjelaskan perkara itu. Kalau perlukan tempoh masa yang akan datang, ia perlu melalui proses perubahan, latihan dan teknologi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast