Ketua Pemuda Harapan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir pada sidang media selepas Mesyuarat Pemuda Pakatan Harapan Malaysia sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Bilik Gerakan Utama Pemuda, Semenyih. foto SYAFIQ AMBAK, 20 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak sesekali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Papagomo.

“Dalam video pertama yang tular ia tak ceritakan semua walaupun Papagomo dakwa (ia) sentuhan lembut sahaja.

“Tetapi video penuh kalau rakan-rakan media sedar dan teliti memang berlaku kekasaran secara fizikal.

“Polis ada bukti video, gambar dan saksi kejadian maka biar polis siasat teliti dan ambil tindakan sewajarnya,” tegasnya yang juga Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Sebelum itu, Syed Saddiq mempengerusikan mesyuarat Pemuda Pakatan Harapan (PH) sempena PRK DUN Semenyih di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang Papagomo yang dibebaskan semalam.

Beliau juga memaklumkan kejadian itu hanya salah faham dan bukan satu serangan fizikal.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO.

Dalam pada itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar juga menyifatkan fenomena Datuk Seri Najib Razak dengan tagline ‘Bossku’ umpama double edged sword.

Ketua Pemuda PH itu berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu yang beria-ria membawa pengaruhnya dalam PRK tidak mempunyai hala tuju tetap.

“Semua orang teruja melihat Najib yang turun dengan hashtag ‘Bossku’ dan dia bukan calon BN yang bertanding.

“Lagi pun saya di sini bukan untuk cakap pasal Najib, kita nak fokus kepada kempen dan politik khidmat rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/20/papagomo-syed-saddiq-tidak-bergaduh-hanya-salah-faham/