Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan bahawa Unit Transplan Hati di Hospital Selayang akan ditutup.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah tanpa mengulas lanjut berkata, spekulasi tersebut tidak benar.

“Tak betul,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas desakan Presiden Persatuan Pengguna Shah Alam dan Subang (CASSA), Datuk Dr. Jacob George agar KKM memberikan penjelasan tentang khabar angin mengenai penutupan pusat berkenaan baru-baru ini.

Khabar angin itu tercetus dan sedang hangat dibincangkan oleh para pegawai perubatan di unit berkenaan sejak kebelakangan ini.

Selain itu, difahamkan juga perkara tersebut sudah pun dirujuk kepada Kementerian Kesihatan namun perkembangan terkini belum pasti kerana belum ada pengumuman rasmi.

Kebimbangan itu wajar kata Jacob semalam, kerana bukan semua pesakit mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta yang tinggi kosnya dan pembedahan di luar negara bukan pilihan terutama golongan kurang berkemampuan.

Malah tambahnya lagi, kewujudan unit transplan hati itu bukan sahaja dimanfaatkan kepada rakyat Malaysia tetapi di peringkat serantau.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/22/unit-transplan-hati-hospital-selayang-akan-ditutup/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast