SEMENYIH – Cadangan penghapusan tol oleh kerajaan Pakatan Harapan bukan mahu memancing undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih pada 2 Mac ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu sebenarnya suatu perancangan yang disusun dan dibincangkan lebih awal lagi.

Menurutnya ia tidak patut dikaitkan dengan soal memancing undi PRK sewenang wenangnya.

“Saya tidak fikirkan begitu (tol memancing undi) kerana ia satu perancangan awal lagi,” katanya kepada pemberita selepas bersama calon PH Muhammed Aiman Zainali di Majlis Rumah Terbuka Chap Goh Mei Kampung Baru Semenyih malam tadi.

Lagipun, kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, kenyataan yang baharu dikeluarkan pejabat Perdana Menteri hari ini bertujuan mengambil alih konsesi tol supaya meringankan beban pengguna.

Ditanya kenapa ia diumumkan sewaktu kempen PRK, Anwar bagaimanapun menyatakan beliau tidak tahu mengenainya.

“Tetapi saya Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) memberitahu saya dalam dua tiga minggu yang lalu untuk mempersiapkan butiran tol,” katanya. – MalaysiaGazettw

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tidak pancing undi pun
    Hapuskan lah kerana kau orang yang berkuasa dalam kerajaan
    Agar rakyat dapat menikmati bersama

Comments are closed.