Gambar hiasan
Gambar hiasan

Hainan – Wilayah Hainan bakal mengharamkan pengeluaran, penjualan dan penggunaan semua jenis plastik sekali guna bukan biodegradable menjelang 2025 dalam usahanya untuk mengurangkan pencemaran.

Ia merupakan wilayah pertama di China yang membuat komitmen rasmi untuk mengharamkan plastik jenis berkenaan, yang telah dikenalpasti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai cabaran terbesar alam sekitar di seluruh dunia.

Wilayah berkenaan menggunakan hampir 120,000 tan material tersebut setiap tahun.

Menurut agensi berita rasmi, China News Service, Hainan akan mengeluarkan standard serta membuat saru sistem pemantauan dan penguatkuasaan sebelum akhir tahun ini.

Wilayah itu akan mula mengharamkan beg, sudu dan garfu plastik bukan-biodegradable pada akhir 2020 manakala pengharaman keseluruhan jenis material tersebut pada 2025.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast