Pemilik bersama We Rock The Spectrum, Nori Abdullah bercakap pada sidang media pada Majlis Pelancaran Program Theraphy Through Play (TTP) anjuran gimnasium kanak-kanak, We Rock The Spectrum di Evolve Concept Mall Ara Damandara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 FEBRUARI 2019

PETALING JAYA – Adakah anda antara ibu bapa yang mempunyai anak autism dan istimewa tetapi dikekang kemiskinan kewangan untuk mendapatkan terapi latihan.

Usah risau, kini anda juga berpeluang untuk mengakses dan menyediakan latihan atau program terapi sambil bermain atau Therapy Trough Play (TTP) menerusi Pusat Gimnasium We Rock The Spectrum (WRTS) di Ara Damansara di sini.

Khairy Jamaluddin yang merasmikan pusat berkenaan berkata, ia merupakan cawanga kedua selepas di Melawati Mall, Gombak, tetapi WRTS Ara Damansara merupakan cawangan pertama yang menawarkan program TTP dan Malaysia negara Antarabangsa Pertama menyedian program seumpama selepas Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Australia dengan lebih 60 kemudahan sedemikian.

MGF23022019_Program Theraphy Through Play (TPP)_09
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersama anaknya, Raif Averroes Jamaluddin Abu Bakar mencuba kemudahan yang terdapat pada Majlis Pelancaran Program Theraphy Through Play (TTP) anjuran gimnasium kanak-kanak, We Rock The Spectrum di Evolve Concept Mall Ara Damandara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 FEBRUARI 2019

Pemilik Bersama WRTS, Nori Abdullah yang juga isteri Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pendaftaran tidak terhad dan dibuka sepanjang masa untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, sebagai permulaan kita mulakan dengan 50 kanak kanak autism menerusi penajaan dan 30 sudah dikenalpasti dan masih ada 20 ruang untuk diisi.

“Pendaftaran turut dibuka kepada golongan keluarga miskin B40 yang mempunyai kanak-kanak berumur 3-12 tahun dan kad pendaftaran OKU, sijil pengsahan diagnosis autism oleh pakar pediatrik, psikologi, atau pegawai perubahan juga diterima untuk pendaftaran,” katanya selepas perasmian program itu oleh suaminya yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Evolve Konsep Mall, Ara Damandara di sini.

MGF23022019_Program Theraphy Through Play (TPP)_10
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersama anaknya, Timor Abdullah Jamaluddin Abu Bakar (kiri) dan Raif Averroes Jamaluddin Abu Bakar (tenga) mencuba kemudahan yang terdapat pada Majlis Pelancaran Program Theraphy Through Play (TTP) anjuran gimnasium kanak-kanak, We Rock The Spectrum di Evolve Concept Mall Ara Damandara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 FEBRUARI 2019

Tambah Nori, borang pendaftaran boleh diperolehi terus di pusat kami atau akan dihantar menerusi emel selepas menghubungi menerusi telefon talian 012-2593856 dan pusta gim berkenaan dibuka tujuh hari seminggu bermula 11 pagi.

Peringkat pertama katanya, saringan atau penilaian akan dibuat terhadap kanak kanak autism yang harus diiringi ibu bapa untuk memberikan maklumat tambahan mengenai apa program khusus dan bersesuaian boleh disediakan.

Menurutnya setiap kitaran sesi merangkumi empat bulan yang meliputi penilaian (screening) anak dan ibu bapa dan kanak kanak autism akan dilatih oleh pakar terapis occupational yang terlatih dan bertaulih.

“Kebiasaannya kalau sekali perjumpaan atau konsultasi dengan pakar di swasta akan memerlukan kos RM150 hingga RM300 seorang berbanding dengan pendaftaran RM48 sahaja, anda berpeluang menjalani latihan autism lebih kerap lima kali beserta bengkel untuk membantu, persoalan pertanyaan tambahan mengenai aktiviti tambahan di rumah untuk anak.

“Untuk memudahkan ibu bapa kurang akses kerana datang dari kawasan terpencil, elaun pengangkutan juga disediakan dan ibu bapa sangat diwajibkan hadir setiap sesi tanpa gagal supaya latihan itu dapat memberi keberkesanan,” ujarnya.

MGF23022019_Program Theraphy Through Play (TPP)_07
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin diiringi isteri yang juga pemilik bersama We Rock The Spectrum, Nori Abdullah (dua kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Program Theraphy Through Play (TTP) anjuran gimnasium kanak-kanak, We Rock The Spectrum di Evolve Concept Mall Ara Damandara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 23 FEBRUARI 2019

Beliau mengakui insiden melibatkan autism spektrum sangat tinggi di Malaysia, malangnya data tidak lengkap.

“Ada beberapa pakej kepada bukan di bawah penajaan, pakej 11 kali RM31 setiap sesi latihan juga digalakkan,” tegasnya lagi.

Dalam pada semasa merasmikan program itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kesedaran dalam kalangan komuniti autism tinggi namun dari segi masyarakat umum kesedaran mengenai kanak-kanak autism sangat rendah.

“Agak malang bagi ibu bapa yang mungkin mempunyai anak autism tetapi tidak tahu ke mana hendak dirujuk untuk menhadapi cabaran hidup itu sekaligus ada kes yang mana ada beberapa kes kanak kanak itu tidak mendapat intervensi pada usia muda yang kemudian menimbulkan masalah besar.

“Apabila seseorang kanak kanak autism itu didedahkan dengan terapi atau intervensi seawal usia 3 hingga 4 tahun, dia dapat menangani masalah khas itu.

“Kita nak mencapai dua matlamat iaitu tidak mahu ibu bapa menghadapi sindorm penafian apabila sedar anak mempunyai cabaran pembangunan dan keduanya soal kemampuan akses keluarga kurang berkemampuan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

“Siapa siapa yang berminat tampil kepada kami sekai pendaftaran masuk RM48 dan kita akan membimbing anda dengan pakej yang bersesuain yang tidak menyusahkan anda.“Ada beberapa pakej kepada bukan di bawah penajaan, pakej 11 kali RM31 setiap sesi latihan juga digalakkan,” tegasnya lagi.

Dalam pada semasa merasmikan program itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kesedaran dalam kalangan komuniti autism tinggi namun dari segi masyarakat umum kesedaran mengenai kanak-kanak autism sangat rendah.

“Agak malang bagi ibu bapa yang mungkin mempunyai anak autism tetapi tidak tahu ke mana hendak dirujuk untuk menhadapi cabaran hidup itu sekaligus ada kes yang mana ada beberapa kes kanak kanak itu tidak mendapat intervensi pada usia muda yang kemudian menimbulkan masalah besar.

“Apabila seseorang kanak kanak autism itu didedahkan dengan terapi atau intervensi seawal usia 3 hingga 4 tahun, dia dapat menangani masalah khas itu.

“Kita nak mencapai dua matlamat iaitu tidak mahu ibu bapa menghadapi sindorm penafian apabila sedar anak mempunyai cabaran pembangunan dan keduanya soal kemampuan akses keluarga kurang berkemampuan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast