Gambar hiasan

KUCHING – Tujuh puluh satu mangsa banjir daripada 19 keluarga di Bahagian Samarahan telah ditempatkan di sebuah pusat pemindahan berikutan hujan yang berterusan, setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, kawasan terjejas adalah Kampung Lubok Meranti di Simunjan.

Setakat ini hanya satu pusat pemindahan di Dewan Kampung Lutong, Sebangan, Simunjan dibuka, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast