Mohamad Fuzi
Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis kesal dengan tuduhan orang awam, khususnya umat Islam, yang mendakwa polis tidak bertindak tegas dalam menghukum individu yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, adalah tidak wajar polis dipersalahkan dalam hal ini.

Katanya, adalah tidak wajar prasangka rakyat kononnya orang yang menghina polis dihukum penjara enam bulan tetapi suspek hina Nabi dibebaskan dengan jaminan polis.

“Isunya sekarang ialah peringkat awal suspek pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai ditangkap dan dibawa dari Mentakab, Pahang ke Johor untuk didakwa.

“Pada asalnya kami hendak memohon reman 10 hari tetapi mahkamah hanya membenarkan suspek direman 3 hari sahaja.

“Kita sebenarnya nak sambung tapi tidak diluluskan oleh sebab suspek mengalami masalah komplikasi kesihatan yang serius iaitu sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.

“Maka Mahkamah menolak rayuan 10 hari dan benarkan 3 hari sahaja dan kita pun setelah siasat bebaskan denga jaminan polis,” katanya kepada pemberita yang meminta beliau mengulas persepsi rakyat yang masih tidak memahami perundangan polis.

Bagaimanapun, tambah beliau, selepas dibenarkan jamin, semalam pihaknya sudah menghantar kertas siasatan kes penghinaan Nabi Muhammad S.A.W kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Jadi kita tunggu sahaja arahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Jangan salah faham, banyak pihak tak faham perkara ini dan mendakwa kita bersalah kerana bebaskan dia.

“Saya harap masyarakat harus memahami proses perundangan ini. Proses mendakwa ini bukan polis, terserah kepada pendakwaraya,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast