Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali bercakap pada sidang media pada Majlis Pelancaran Agenda Aiman4Semenyih di Pangsapuri Bandar Rinching, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 26 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Muhammad Aiman Zainali yakin lima agenda yang menjadi tekadnya mampu direalisasikan dalam penggal ini.

Ini kerana katanya, kelima-lima agenda tersebut merupakan sebahagian daripada permintaan rakyat di Semenyih.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Besar dan kita melalui beberapap proses.

“Mungkin semua agenda ini dapat dilaksanakan dalam penggal ini. Perbincangan bersama kerajaan negeri akan diteruskan dari semasa ke semasa dan kita putus untuk lancar malam ini (malam tadi),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemnberita selepas melancarkan agenda Aiman4Semenyih di Pangsapuri Bandar Rinching di sini.

Dalam pada itu ketika ditanya mengapa pelancaran tersebut dibuat agak lambat hingga menghampiri tarikh mengundi Muhammad Aiman menjawab, beliau tidak merasakan terlambat sebaliknya ia harus diperjuangkan sebagai memenuhi keperluan rakyat Semenyih.

Sementara itu pada sidang media sama, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau menganggap lima agenda yang dibentangkan itu sebagai menepati kehendak dan keperluan penduduk Semenyih

Malah katanya, Muhammad Aiman mengambil pendekatan selama berkhidmat sebagai pembantu bapa mertuanya Allahyarham Bakhtiar Md Nor yang sebelum merupakan ADUN di kawasan tersebut.

“Saya berpendapat ia juga hasil daripada pertemuan beliau dengan pengundi sepanjang waktu berkempen,” ujarnya. – MalaysiaGazette