Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

PUTRAJAYA – “Kami akan tunjukkan semuanya…Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata dia semak dengan mahkamah London. Kami ada semua dokumen dan akan dedahkan semuanya.

“Kami yakin dokumen lebih kuat berbanding kata-kata sahaja. Kami akan jawab berdasarkan dokumen,” kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memetik laporan Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.

Takiyuddin berkata, pihaknya juga akan akan membuat sidang media khas bagi menjawab dakwaan Presiden PKR berkenaan parti itu membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Takiyuddin berkata pihaknya akan mengemukakan segala bukti berkenaan perkara itu.

Malam tadi, Anwar ketika berceramah di Semenyih mendakwa Pas membayar RM1.4 juta kepada Clare bagi menyelesaikan saman fitnah yang difailkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga mencabar Pas menjawab dakwaan tersebut dan menyamannya di mahkamah.

Takiyuddin berkata jika benar Anwar memiliki bukti yang menunjukkan perkara itu, beliau perlu mengemukakannya.

“Dia (Anwar) kena tunjuklah. Dalam kenyataan dulu saya sudah berkata, kita sudah bagi penyata akaun Pas sejak Januari 2015 hingga Disember 2018 kepada SPRM.

“Saya akan tunjukkan berdasarkan bukti. Bukan macam dia, dia bercakap berdasarkan khabar angin,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/27/saya-ada-penyata-akaun-bank-pas-bayar-clare-anwar/