Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas menafikan laporan beberapa akaun bank dibeku dan kereta mewah dirampas yang kononnya ada kaitan dengan isu pihaknya menerima RM90 juta dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, laporan itu tidak berasas.

“Saya baru menghubungi pegawai tertinggi SPRM. Apa yang dilaporkan beberapa portal berhubung rampasan dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan kes Pas adalah tidak benar,” ujarnya dipetik dari laporan BH Online hari ini.

Sebelum itu, portal Malaysiakini melaporkan beberapa akaun dibeku dan kereta mewah dirampas berhubung kes kononnya Pas menerima wang RM90 juta daripada UMNO.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.