KUALA LUMPUR – Dr Maszlee Malik mendakwa akaun Twitternya telah digodam namun sudah berjaya ditangani segera.

Menteri Pendidikan itu turut memohon maaf atas perkara itu.

Maszlee membuat kenyataan tersebut susulan beberapa tweet pelik yang dimuat naik ke akaun peribadinya.

Kebiasannya tweet Menteri Pendidikan itu lebih berkisar kepada aktivitinya atau kenyataan-kenyataan kementerian terbabit.

Meskipun telah dipadamkan tidak berapa lama selepas itu tetapi beberapa netizen sempat melakukan tangkapan skrin.

Antara tweet pelik yang sempat dikongsikan oleh warga net berbunyi “Woww…Vitamin D people! Ni masalah berkawan dgn org masuk office pkl 7 pagi terus pasang aircord weh. Perrhh…best nya.

Satu lagi tweet berbunyi “Sila laju ya. Boo”.

“Mari…sebarkan cinta. Tolak jauh bahagia” – antara tweet pelik yang dikongsi oleh netizen.

Susulan permohonan maaf oleh Maszlee, ada netizen yang berkata, kemungkinan pengendali lupa nak tukar akaun.

“Admin YB lupa switch ccount ni. Kan dah silap tweet,” kata @azrimahali1.

Tetapi @muharos857 berkata: “Takpe, sekali sekala nak juga post macam orang biasa kan”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast