Mohd Nasir Daud selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM Kelantan.

KOTA BHARU – Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Mohd Nasir Daud hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di sini untuk diambil keterangan berhubung dakwaan dana RM90 juta yang diterima PAS daripada UMNO.

Beliau yang berbaju Melayu tiba di pejabat SPRM pada pukul 9.40 pagi dan dilihat keluar dari pejabat itu lebih sejam kemudian.

Beliau yang ditemui pemberita selepas itu mengesahkan kehadirannya adalah untuk membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan itu.

Mohd Nasir berkata beliau telah memberi segala kerjasama kepada dua pegawai SPRM tetapai tiada apa-apa dokumen yang diminta daripadanya.

“Saya telah menjawab segala soalan berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Nasir adalah pemimpin kedua PAS di negeri ini yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan selepas Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada 8 Feb lepas.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast