KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan FGV Holdings Berhad (FGV) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.

Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini, pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

Individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan bagi mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, kata sumber itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA