KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini membenarkan tahanan reman selama lima hari sehingga 7 Mac ini kepada seorang pegawai kanan FGV Holdings Bhd.

Keputusan dibuat oleh Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan suspek berusia 50 tahun di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.

Individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan bagi mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, kata sumber itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SPRM tahan pegawai kanan FGV

Rasuah: FGV sedia beri kerjasama

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast