FRANKFURT – Rakyat Jerman mungkin terpaksa menanggung hutang sebanyak 600 juta euro yang diberikan kepada Airbus untuk membangunkan projek pesawat superjumbo A380, demikian menurut laporan akhbar Funke Mediengruppe yang memetik kenyataan Kementerian Ekonomi.
Berlin sebelum ini pernah memberi pinjaman sebanyak 942 juta euro kepada Airbus pada 2002 bagi membangunkan pesawat A380, bagaimanapun hanya satu pertiga daripada jumlah berkenaan telah pun dibayar, kata kenyataan itu lagi.
Kementerian Ekonomi Jerman mengeluarkan kenyataan sebagai maklum balas kepada pertanyaan parti pembangkang FDP di Parlimen.
Bulan lepas, Airbus menghentikan program A380 dan hanya mengeluarkan dan menghantar 17 lagi pesawat superjumbo itu sebelum 2021 kerana tidak mendapat permintaan daripada pelanggan yang sukakan kapal terbang lebih kecil.
Pembayaran semula hanya akan dibuat apabila pesawat-pesawat berkenaan dihantar kepada pelanggan.
Ini menyebabkan bahagian pengeluaran akan mengalami masalah pinjaman tidak berbayar, lapor akhbar berkenaan.
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Ulrich Nussbaum, isu pembayaran pinjaman itu masih lagi dikaji dan akan dibincangkan dengan Airbus.- Agensi