Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengesahkan sama ada dokumen berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang didedahkan oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) adalah sahih atau sebaliknya.

Presiden MCA berkata, meskipun agensi itu sudah membuat laporan polis tetapi ia enggan menjelaskan mengenai jenis aduan yang dibuatnya.

“Saya dapati SPRM telah membuat laporan polis mengenai pendedahan RPK tetapi agensi itu enggan menjelaskan mengenai jenis aduannya.

“Demi Guan Eng, pemimpin DAP yang lain dan pemimpin BN yang  terlibat, SPRM mesti mengesahkan sama ada dokumen itu bocor adalah sahih atau sebaliknya,” kata Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pendedahan kertas siasatan SPRM ke atas projek itu sudah disiarkan kepada enam bahagian sejak minggu lalu wajar disiasat memandangkan hanya pemilik syarikat yang memenangi ‘tender terbuka’ itu sahaja yang menafikan berlaku rasuah.

Menurutnya, SPRM sendiri tidak memberi respons kepada mana-mana media sama ada kertas siasatan berkenaan adalah sahih atau sebaliknya.

Lagi pun, pendedahan yang dibuat oleh RPK dengan beberapa gambar dokumen bersama maklumat terperinci adalah konsisten dengan dapatan yang dilakukan sendiri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

“Pada masa itu, saya telah mengira nilai sebenar projek itu adalah lebih tinggi sebanyak RM20 bilion dan kenaikan itu disebabkan oleh pertukaran tanah Gurney Drive sebagai cara pembayaran.

“Selain pembayaran tunai yang didakwa diagihkan kepada beberapa ahli politik DAP, jika apa yang telah dinyatakan setakat ini oleh RPK seperti janji 10 peratus kepentingan dalam projek itu kepada seorang ahli politik kanan DAP sebagai balasan untuk projek itu adalah benar, maka kita sedang mencari rasuah terbesar dalam skala berbilion ringgit.

“Maklumat yang dinyatakan oleh RPK sejauh ini sangat sukar untuk dipertikaikan sebagai “pembohongan” kerana ia banyak, sangat terperinci dan konsisten,” katanya.

Tambah beliau, SPRM pernah melakukan siasatan besar-besaran berhubung skandal ini menjelang PRU-14 yang menyaksikan beberapa orang telah direman tetapi siasatan itu ‘senyap’ selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum itu.

Malah, salah seorang daripada mereka telah dilantik sebagai menteri kanan.

Sekiranya wang tersebut telah dibayar seperti yang telah mereka terima, maka ia telah dibayar dengan tujuan yang tidak dapat dielakkan.

“Jika tidak rasuah yang telah dilakukan, tentunya ia akan menjadi pengubahan wang haram sekurang-kurangnya tetapi tiada tindakan telah diambil terhadap syarikat itu juga,” tegasnya sambil berkata, sudah tentu skandal itu lebih baik daripada penafian daripada Perdana Menteri dan Guan Eng kerana ia melibatkan rasuah besar dalam skala bilion jika kertas itu sahih atau ia melibatkan pemalsuan dokumen SPRM yang juga merupakan kesalahan serius.

Sebagai menambah situasi tegang, RPK turut menamakan seorang bekas menteri kabinet Barisan Nasional terlibat dalam projek berkenaan.

Ka Siong berkata, pendedahan RPK itu mendebarkan apabila syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang mengaku mereka telah membayar RM22 juta dalam usaha untuk menghentikan siasatan rasuah – satu fakta yang kerajaan negeri Pulau Pinang kemudiannya mengesahkan.

Sekiranya kertas dibocorkan adalah palsu, amalan biasa adalah untuk SPRM untuk secara terbuka menafikan kesahihannya.

Ka Siong dalam kenyataan itu turut menafikan bahawa projek yang didakwa bernilai RM6.3 bilion itu dibuat secara tender terbuka sebaliknya menerusi Cadangan atas Permintaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/04/sprm-buka-6-kertas-siasatan-kes-terowong-dasar-laut/