Jeff Bezos

NEW YORK – Kekayaan Presiden Donald Trump stabil sejak beberapa tahun ini tetapi berada kedudukan lebih tinggi dalam senarai individu terkaya Forbes berbanding taikun-taikun lain tergugat akibat kelembapan ekonomi.

Nilai kekayaan tidak berubah kepada AS$3.1 biluon berbanding tahun lalu.

Kepelbagaian hartanahnya lebih baik daripada aset-aset yang dimilikinya oleh jutawan yang lain, meningkatkan kedudukan presiden itu sebanyak 51 tempat kepada 715 individu terkaya dalam kalangan 2,153 jutawan dunia, kata Luisa Kroll, Penolong Editor majalah Forbes.

“Kedudukan Trump naik kerana terlalu ramai jutawan lain jatuh,” katanya.

Kylie Jenner, 21, pula menjadi jutawan paling muda hasil kejayaan syarikat kosmetik yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu.

Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon.com Inc, pula berada pada kedudukan teratas dalam senarai, dengan nilai bersih kekayaan sebanyak AS$ 131 bilion.

Tetapi ia mungkin kali terakhir Bezos berada pada kedudukan tersebut kerana dia dan isterinya MacKenzie Bezos bercerai.

MacKenzie adalah akauntan awal di Amazon dan wanita itu mungkin mendapat hak daripada undang-undang Washington untuk memiliki setengah kepentingannya dalam syarikat tersebut.

“Jika itu berlaku, Bezos tidak akan menjadi individu terkaya dan MacKenzie akan menjadi wanita terkaya di dunia,” kata Kroll.

Senarai individu terkaya Forbes 2019 menyaksikan penyusutan kedudukan dan nilai para jutawan.

Pada tahun 2018, terdapat 2,208 jutawan atau 55 individu lebih daripada tahun ini, dengan nilai bersih gabungan sebanyak AS$ 9.1 trilion, berbanding AS$ 8.7 trilion pada tahun 2019. – MalaysiaGazetteF

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast