Andy Murray

ENGLAND – Jaguh Tenis England berpeluang tipis untuk kembali tampil dalam kejuaraan Wimbledon tahun ini.

Andy Murray berkata, walaupun dia bebas kesakitan selepas pembedahan pinggang, peluang untuk kembali beraksi tahun ini adalah tipis.

“Peluang untuk saya melakukan penampilan semula di Wimbledon tahun ini kurang 50 peratus,” katanya.

Murray telah menjalani pembedahan di bahagian pinggang pada Januari 2019.

Katanya, dia mungkin tidak dapat kembali beraksi dalam profesion itu dalam masa terdekat ini.

Namun juara tiga kali Grand Slam itu dia masih mempunyai peluang sekiranya mahu kembali kepada aksi kompetitif.

“Proses rehabilitasi rawatan selepas pembedahan agak perlahan tetapi berjalan dengan baik.

“Saya mahu terus beraksi dalam dunia tenis dan saya pernah menegaskannya di Australia.

“Namun isunya, saya tidak pasti sama ada mustahil atau pun tidak dengan keadaan sekarang,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

Dalam satu wawancara khas bersama Editor BBC Sports, Dan Roan, bekas nombor satu dunia itu memberitahu, pembedahannya  selesai dengan baik dan dia berasa selesa kerana dapat berjalan tanpa kesakitan.

“Saya terpaksa menjalani pembedahan ini untuk memperbaiki tahap kesihatan saya serta kualiti kehidupan semasa,” ujarnya.

Murray pernah merangkul dua pingat emas dalam temasya Olimpik dan mendapat 45 gelaran tenis yang diraih sepanjang kariernya.

“Saya perlu tunggu dan lihat perkembangan terkini kerana dilarang doktor melakukan sebarang pergerakan berimpak tinggi untuk empat bulan pertama selepas pembedahan Januari lalu.

“Hanya selepas tempoh itu saya boleh melihat sama ada boleh kembali beraksi semula atau tidak..untuk bersaing 10 teratas dunia agak sukar, tapi 50 atau 100 terbaik agak mustahak untuk dilakukan,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast