Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

KUALA LUMPUR – Tugas dan tanggungjawab untuk membendung gejala Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) adalah merupakan tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, ia menjadi satu tanggungjawab kerajaan bagi mencari jalan dalam memastikan rakyat yang terjebak dalam aktiviti songsang itu dikembalikan fitrah mereka kepada asal.

“LGBT telah lari daripada fitrah asal dan ini tanggungjawab kerajaan dan kena pulangkan balik. Kalau lelaki jadikan semula ikut kejadian lelaki dan perempuan pula kena kembali ke fitrah sebagai perempuan.

“Itu tugas dan tanggungjawab kerajaan sebab ada kuasa dan tidak boleh membuatkan perkara ini.

“Ini adalah benda negatif dalam masyarakat dan tidak membawa kebaikan di dalam masyarakat,” katanya selepas menjadi salah seorang panel Seminar Perpaduan Nasional anjuran Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di ibu negara hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai himpunan dan perarakan Women’s March yang diadakan semalam, yang turut merakamkan melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ oleh penyokong LGBT.

Malah mereka turut dilihat mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Perarakan itu pada mulanya bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia, namun kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.

Program itu menarik minat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang terkejut terhadap tindakan sekumpulan individu melaungkan ‘Hidup LGBT’ secara terang-terangan.

Mujahid mengulangi pendirian kerajaan bahawa budaya LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila Pembohongan teras perjuangan, ape yg di ucapkan, tak ubah kepentingan semata2.

    LBGT hanya isu moral, tak sebesar isu moral & criminal yg kini PUS menghadapi siasatan.

Comments are closed.