LONDON – Bekas kapten Chelsea, John Terry dilaporkan akan menjual kediaman mewahnya pada harga £6 juta (RM31.8 juta).
Daily Star melaporkan foto-foto hiasanan dalaman rumah agam itu kini menjadi tular di media sosial selepas diiklankan oleh syarikat hartanah, RightMove.
Rumah mewah itu memiliki keluasan 11,000 kaki persegi turut dilengkapi kolam renang dan panggung wayang tersendiri.
Antara kemudahan lain termasuklah sauna dan kebun seluas satu ekar selain memiliki empat bilik tidur gergasi.
Lebih menarik, ia terletak hanya 10 minit dari pusat latihan Cobham yang menjadi lokasi pemain Chelsea berlatih untuk perlawanan mereka.
Terry yang juga bekas kapten England pernah mendiami kediaman di Surrey itu bersama isterinya. – MalaysiaGazette