ADIS ABABA- Kesemua 149 penumpang dan lapan kru Boeing 737 Ethiopian Airlines terkorban apabila pesawat itu terhempas dekat Bishoftu semalam.

Pesawat ET 302 itu dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi, kata Ethiopian Broadcasting Corporation.

Ia membawa penumpang dari 33 buah negara.

Ethiopian Airlines dalam kenyataan berkata, operasi mencari dan menyelamat sedang diadakan dan kami tiada maklumat sah berhubung keadaan penumpang.

Menurut laporan itu, pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Bole pada pukul 8.38 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan menara kawalan hanya enam minit kemudian, iaitu 8.44 pagi.

Menurut laman penjejakan penerbangan flightradar24, pesawat itu berdepan masalah kelajuan vertikal tidak stabil setelah berlepas.

Nahas terakhir syarikat penerbangan milik kerajaan Ethiopia itu pada Januari 2010, apabila sebuah pesawatnya terhempas sebaik berlepas di Beirut, Lubnan.- MalaysiaGazette