TERKINI : Sekitar Istiadat YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Pembukaan Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kedua Parlimen Ke-14 di Dataran Parlimen.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada pukul 10.08 pagi tadi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri SA Vigneswaran.