Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. foto IQBAL BASRI, 04 DISEMBER 2018
Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook Zamri Abd Razak yang telah memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu telah ditahan polis semalam.

Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek akan direman pada hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum di negara ini. – MalaysiaGazette