Salji tebal yang agak teruk meliputi padang latihan Bayern Munich menjelang pertemuan timbal balik Pusingan ke-16 Liga Juara Juara Eropah menentang Liverpool awal pagi esok.

JERMAN – Nampaknya Jurgen Klopp sudah mempunyai alasan munasabah untuk dikongsi kepada media sekiranya Liverpool tersingkir dari kempen Liga Juara Juara Eropah menentang Bayern Munich awal pagi esok.

The Kops akan berdepan aksi timbal balik pusingan ke16 di Allianz Arena esok selepas terikat seri tanpa jaringan di aksi pertama pada Februari lalu di Anfield.

Aksi menembah tiket ke suku akhir esok dilihat saat getir untuk Liverpool yang turut bersaing dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester City untuk menamatkan badi 29 musim tanpa gelaran tersebut.

Keadaan cuaca di Jerman bertambah teruk dengan litupan Salji agak tebal ketika ini.

Bayern berkongsi klip video dalam Twitter sesi latihan mereka pagi tadi yang mana padang latihan diselimuti salji tebal dengan hashtag”#WinterlsHere”.

Bagaimanapun ia tidak melunturkan semangat juara Liga Jerman itu meneruskan latihan untuk berdepan skuad Klopp pagi esok.

Sebelum ini dalam aksi EPL menentang Leicester City, Klopp menuduh salji di atas padang sebagai punca skuadnya terikat 1-1 selepas Maguire menafikan gol awal Sadio Mane.

“Kalau kamu lihat betul betul bola tidak berpusing disebabkan salji atas padang dan menyebabkan pemain kami tidak selesa,” katanya.

Lagipun cuaca salji antara alasan yang bersenarai panjang digunakan pengurus Liverpool itu semasa aksi liga di England.

Tiupan angin, penggantian pemain pasukan lawan, sakit tekak, panas, padang yang kering, penyiar televisyen, angin kuat dan situasi berbeza apa jua alasannya setiasa dikeluarkan Klopp.

Bayern tidak berada dalam mood untuk merungut seperti Klopp yang mempunyai macam macam alasan jika keputusan tidak memihak pasukannya tetapi mereka berlatih secara gigih dan terbaik menjelang perlawanan esok.

Robert Lewandowski berlatih secara sendiri di Pusat Gimnastik sementara Thomas Muller, Arjen Robben dan Corentin Tolisso tidak kelihatan dalam latihan tersebut.

Klopp mungkin lega mendengar bahawa Arena Allianz mempunyai pemanas bawah tanah di padnag itu walaupun salji melanda di situ.- MalaysiaGazette