TERKINI : KERAJAAN TALIBAN dan ISTIHAR PERANG! Kerjasama UMNO dan PAS – Naib Presiden PAS

KUALA LUMPUR – Kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas nyata melahirkan kebimbangan terhadap gabungan itu.

Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming itu mencerminkan bahawa PH sangat takut dengan kerjasama kedua-dua parti itu yang boleh mendatangkan gelombang terbaharu dalam arena politik negara.

Iskandar merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Teluk Intan itu yang berkata kerjasama UMNO-Pas boleh mendatangkan pecah belah rakyat. Malah katanya, Malaysia bakal menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.