Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Dr. Dzulkefly Ahmad

JOHOR BAHRU – Seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, Khamis lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, ia merangkumi 166 yang menerima rawatan di wad biasa dan sembilan berada di unit rawatan rapi ICU.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai jumlah pesakit terlibat.

Beliau yang turut menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, turut menafikan maklumat tular mengenai kematian yang didakwa berikutan pencemaran akibat sisa kimia.

“Saya tegaskan tentang apa sahaja berita di laman sosial tentang kematian, tiada kematian,” katanya dalam sidang media di Pusat Gerakan Pengurusan Bencana negeri, di sini, hari ini. – Bernama